fbpx

MB Perak, Exco sumbang tiga bulan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani

IPOH – Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad serta 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak bersetuju tidak mengambil gaji selama tiga bulan untuk disumbangkan kepada Tabung Bencana Covid-19.

Saarani berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Exco Kerajaan Negeri yang lain.

“Alhamdulillah, hasil keputusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini, saya bersama 10 lagi Exco bersetuju untuk sumbangkan sebulan gaji masing-masing selama tiga bulan.

“Potongan gaji ini untuk kita sumbangkan kepada tabung bencana covid,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar secara atas talian di sini hari ini.

Saarani juga turut mengumumkan Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak pada hari ini meluluskan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera bernilai RM19.5 juta.

“Fokus utama PRE ini ialah untuk menjamin kelangsungan hidup rakyat yang terjejas termasuk keluarga miskin iaitu kalangan B-40, gelandangan, penjaja dan peniaga kecil, belia, petani dan operator-operator sektor pelancongan yang terkesan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI