fbpx

Lelaki warga Myammar maut dipercayai ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga Myanmar meninggal dunia hari ini dipercayai ditikam dengan objek tajam pada bahagian perutnya, baru-baru ini.

Mangsa dikenali sebagai Kyaw Swan, berusia 20 an disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang ketika mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pada 14 Mei lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menerima laporan polis daripada kakitangan Hospital Kajang berkenaan mangsa yang cedera di bahagian perut.

“Pada awalnya, mangsa telah dimasukkan ke zon kritikal seterusnya dipindahkan ke wad Hospital Kajang sejak 14 Mei lalu hingga hari ini.

“Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke wad dalam tempoh itu dan semakan juga mendapati mangsa cedera akibat terkena objek tajam,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 6.53 pagi oleh petugas perubatan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis sedang giat mengesan rakan atau majikan mangsa atau individu yang menghantar mangsa ke Hospital Kajang pada 14 Mei lalu bagi membantu siasatan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI