fbpx

Lelaki dibunuh sebab tegur anak jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TELUK INTAN – Berang kerana anak ditegur jiran menjadi motif pembunuhan seorang lelaki di tapak pembinaan perumahan di Taman Desa Maju di Langkap pada 13 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, motif itu terdedah selepas lima individu termasuk suspek utama berusia 34 tahun ditangkap, Selasa lalu.

“Pembunuhan dipercayai setelah suspek marah kerana mangsa menegur anaknya membuat bising iaitu menunggang motosikal di hadapan rumah lelaki itu.

“Mangsa dan suspek utama tinggal berjiran iaitu hanya berselang dua buah rumah,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ahmad Adnan, susulan kejadian itu suspek dan empat lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun telah direman bagi membantu siasatan.

“Lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Teluk Intan esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, Seksyen 326 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Empat lelaki lain yang ditangkap bersama diberi jamin dan diikat bon di bawah Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah sebagai saksi pendakwaan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI