fbpx

Kanada benarkan suntikan dua jenis vaksin berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk sedang beratur di hadapan sebuah klinik vaksin sementara yang dibuka di British Columbia, Kanada baru-baru ini bagi mendapatkan vaksinasi Covid-19. - Liang Sen/Xinhua

OTTAWA, KANADA – Jawatankuasa Penasihat Nasional bagi Imunisasi (NACI) Kanada mengumumkan panduan terbaharu yang membenarkan pemberian dua jenis vaksin berbeza kepada seorang penerima dalam kebanyakan situasi, lapor agensi berita Xinhua hari ini.

Di bawah panduan tersebut, individu yang menerima dos pertama vaksin AstraZeneca boleh menerima vaksin Pfizer atau Moderna untuk dos kedua, melainkan dengan situasi perubatan yang tidak dibenarkan.

Selain itu, vaksin Pfizer dan Moderna juga boleh dicampur untuk dos pertama dan kedua.

Bagaimanapun, NACI tidak mengesyorkan penerima menerima vaksin AstraZeneca selepas mendapat vaksin Pfizer atau Moderna susulan kebimbangan terhadap keselamatan dan data terhad bagi kombinasi tersebut.

“NACI telah berusaha untuk menyesuaikan panduan ini dengan penggunaan vaksin di Kanada bagi memastikan perlindungan optimum penduduk negara ini dalam berdepan dengan keadaan pandemik Covid-19 yang tidak menentu,” kata Ketua Pegawai Kesihatan Awam Kanada, Theresa Tam.

Buat masa ini, empat jenis vaksin telah diluluskan untuk digunakan di Kanada iaitu Pfizer, Moderna, AstraZeneca dan Johnson & Johnson.

Setakat tengah hari tadi, seramai 22 juta penduduk Kanada atau 57.75 peratus daripada populasinya telah menerima dos vaksin Covid-19 yang pertama, manakala 5.64 peratus telah pun menerima dos kedua. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI