fbpx

Infopro sertai rakan konsortium Pertama Digital bangunkan bank digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penubuhan bank digital oleh Pertama Digital dan konsortium bakal membantu golongan PKS yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

PETALING JAYA – Syarikat teknologi tempatan, Pertama Digital Bhd. mengumumkan kemasukan Infopro Sdn. Bhd. ke dalam konsortiumnya bagi memohon lesen bank digital daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Ditubuhkan pada 1987, Infopro menyediakan perkhidmatan kepada lebih 100 bank di 32 negara, yang mana sebahagian besarnya terletak di Asia Tenggara dan Afrika, rantau yang mana sebilangan besar individu kurang mendapat akses kewangan.

Pengarah Strategi Pertama Digital, Saify Akhtar berkata, bank digital yang mahu ditubuhkan oleh konsortium tersebut berhasrat membantu meningkatkan produktiviti ekonomi rakyat Malaysia serta memperkasa 875,000 perusahaan kecil dan sederhana yang berdepan cabaran mendapatkan akses pembiayaan. 

“Untuk berjaya, kami mencari rakan kongsi perisian perbankan yang kukuh, bukan setakat menawarkan teknologi dan kepakaran, malah memiliki rekod menyelesaikan cabaran dihadapi mereka yang tersisih melalui perbankan.

“Sejak awal, pasukan Infopro menunjukkan pemahaman mendalam mengenai jurang penyertaan kewangan yang unik di Malaysia dan dapat menambah nilai strategi kami menjangkaui soal teknologi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pertama Digital adalah peneraju sebuah konsortium untuk memohon lesen bank digital daripada BNM dan pada 24 Mei lalu, ia telah mengumumkan Crowdo Holdings Pte. Ltd. sebagai rakan konsortium pertamanya.

Permohonan untuk mendapatkan lesen menjalankan perniagaan perbankan digital atau perniagaan perbankan digital Islam daripada BNM dibuka sehingga 30 Jun ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI