fbpx

Harimau dahan kejutkan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harimau dahan yang dijumpai berkeliaran di Kampung Bukit Bertam, Selama sebelum berjaya ditangkap oleh Perhilitan.

LARUT – Penduduk di Kampung Bukit Bertam, Selama di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor harimau dahan yang dikatakan berkeliaran berhampiran kediaman mereka hari ini.

Kehadiran harimau jantan spesies ‘clouded leopard’ berusia antara tujuh ke lapan tahun itu disedari penduduk kira-kira pukul 10.50 pagi.

Haiwan yang kelihatan kurus dan kelaparan itu dilihat berkeliaran di sekitar rumah penduduk kemungkinan bagi mencari makanan.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, harimau dahan itu dipercayai keluar dari kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau yang terletak berhampiran untuk mencari makanan.

Katanya, berdasarkan pemerhatian anggota, tiada sebarang kecederaan pada haiwan itu, namun seolah-oleh tercekik seperti cuba memuntahkan sesuatu.

“Haiwan itu berjaya ditangkap pukul 11.24 pagi dan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai untuk rawatan.

“Pemeriksaan lanjut akan dijalankan oleh doktor veterinar termasuk ujian air kencing dan sampel darah bagi mengesan sama ada terdapat kecederaan atau masalah kesihatan lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI