fbpx

Haaland belum putuskan masa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND berada pada prestasi terbaik sebagai antara penggempur sensasi di Eropah menyebabkan kelibatnya diburu banyak kelab. – AFP

BERLIN – Penyerang prolifik Borussia Dortmund, Erling Haa­land mengakui dia masih belum memutuskan mengenai masa depannya.

Beberapa pasukan seperti Barcelona, Chelsea, Manchester City dan Manchester United dikatakan sedia berbelanja besar untuk mendapatkan Haaland yang telah meledak 57 gol dalam 59 perlawanan di Dortmund.

Bagaimanapun, buat masa ini Dortmund enggan melepaskan pemain terbaiknya itu sebagai persiapan untuk menghadapi saingan Liga Juara-Juara musim depan.

“Selepas aksi antarabangsa, saya akan bercuti dan kemudian saya akan lapor diri untuk aksi pramusim nanti. Saya belum bersedia untuk memutuskan masa depan ketika ini,” kata Haaland.

Dortmund menegaskan bahawa Haaland tidak akan dijual pada jendela perpindahan nanti kerana mereka masih mem­punyai baki kontrak sehingga musim 2024.

Ketika ini, Dortmund mele­takkan nilai seba­nyak €180 juta (RM878.56 juta) untuk pasukan yang berhasrat mendapatkan pemain antarabangsa Norway itu.

Bagaimanapun, mereka mungkin terpaksa menjual Haaland pada musim panas ini kerana klausa pelepasan akan aktif pada musim panas 2022 yang mana nilainya lebih rendah berbanding harga yang diinginkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI