fbpx

Guru rugi RM63,440 terjerat Love Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Seorang guru wanita kerugian RM63,440 selepas diperdaya sindiket Love Scam menerusi Instagram sejak April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa dari Sik dekat sini mula berkenalan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Muhammed Zamzuree berasal United Kingdom.

“Mangsa yang telah bercerai seterusnya berhubung dengan suspek menggunakan aplikasi WhatsApp,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, suspek kemudian memaklumkan ada mengirimkan barang kepadanya seperti beg tangan, kasut, jam tangan, satu set perhiasan dan telefon bimbit.

“Selepas itu mangsa dihubungi seorang individu yang mengaku sebagai Pegawai Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Mangsa seterusnya diminta membuat bayaran cukai dan denda bagi mendapatkan barangan tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, atas dasar kepercayaan yang melampau, mangsa telah membuat pemindahan wang simpanannya secara dalam talian ke satu akaun diberikan suspek sebanyak tujuh kali pada bulan lalu.

“Mangsa mula menceritakan perkara sebenar kepada adiknya apabila mula menyedari dirinya ditipu dan membuat laporan polis di Kuala Nerang pada Isnin lalu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI