fbpx

[VIDEO] Guna jengkaut angkat ular sawa lima meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor ular sawa sepanjang hampir lima meter ditemukan di kawasan semak di Jalan Kubu Gajah dekat Selama, semalam.

LARUT – Seorang pemandu jengkaut yang sedang membersihkan kawasan pembinaan milik persendirian di Jalan Kubu Gajah dekat Selama di sini terkejut menemukan seekor ular sawa batik semalam.

Ular ‘gergasi’ sepanjang lima meter dengan berat kira-kira 100 kilogram (kg) itu berjaya ditangkap oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama.

Ketua BBP Selama, Mohd. Nor Khairi Johari berkata, sepasukan lapan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 12.11 tengah hari.

“Kawasan ini tanah persendirian yang sedang dibersihkan oleh kontraktor untuk pembinaan jalan.

“Ketika kerja-kerja pembersihkan, seorang pekerja telah menjumpai seekor ular sawa di kawasan semak” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi menangkap reptilia itu segera dijalankan dengan anggota menggunakan alat penjerut sebelum ular itu diangkat menggunakan jengkaut ekoran saiznya yang agak besar.

Katanya, kerja-kerja menangkap reptilia itu tidak berhadapan kesukaran kerana ular itu tidak bertindak agresif.

“Operasi mengambil masa kira-kira 20 minit dan reptilia itu dibawa balik ke balai untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI