fbpx

Dunia berdepan risiko ancaman lebih dahsyat daripada pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA marin memindahkan seorang askar semasa latihan biologi, kimia dan nuklear di Sattahip pada 19 Februari 2013. - AFP

LONDON – Peperangan penyakit, kebocoran kuman berbahaya dari makmal dan penyalahgunaan kepintaran buatan (AI) berkemungkinan lebih berbahaya daripada pandemik Covid-19, demikian  amaran dalam satu kajian seperti laporan portal berita RT.

Penulis-penulis kajian bertajuk Future Proof itu berkata, kerajaan Britain perlu melakukan usaha serius untuk melindungi negara daripada kesemua ‘risiko ekstrem’ tersebut

Mereka memberi amaran ancaman tersebut berpotensi mengakibatkan kehilangan nyawa yang sungguh besar dan dalam senario paling buruk, boleh mengakibatkan kepupusan awal umat manusia.

Terdapat kebarangkalian satu dalam enam untuk bencana dahsyat itu berlaku dalam tempoh 100 tahun akan datang, demikian menurut  salah seorang penulis laporan itu.

Pasukan penyelidik Universiti Cambridge dan Universiti Oxford melakukan kajian itu untuk Pusat Ketahanan Jangka Panjang. Mereka berkata, sekarang adalah peluang untuk Britain menggandakan keselamatannya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI