fbpx

Cincin ‘cengkam’ jari manis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memotong cincin yang tersekat pada jari manis seorang lelaki dalam kejadian di Taman Megah Ria, Masai, Johor Bahru, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki terpaksa menahan sakit kira-kira satu jam selepas cincin yang dipakainya tersekat di jari manis tangan kanan dalam satu kejadian di Jalan Bayan 2, Taman Megah Ria, Masai, semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Anuar Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 8.21 malam.

Katanya, sehubungan itu seramai lima anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dikejar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati seorang lelaki berusia 34 tahun mengalami masalah cincin tersekat di jari manis tangan kanannya.

“Bomba bertindak memotong cincin menggunakan peralatan khas selain memastikan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI