fbpx

Bicara 5 individu cemar Sungai Gong ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA tertuduh yang didakwa membuang bahan berbahaya ke Sungai Gong keluar dari Mahkamah Sesyen di Selayang baru-baru ini. Gambar Fail

SELAYANG – Perbicaraan kes lima individu termasuk empat beradik yang didakwa atas pertuduhan melakukan pencemaran air di kawasan perindustrian Sungai Gong,  yang sepatutnya bermula hari ini di Mahkamah Sesyen di sini ditangguhkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rohaida Che Hamid ketika dihubungi hari ini.

Menurut Siti Rohaida, penangguhan itu adalah seperti arahan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengarahkan pengendalian kes-kes antaranya perbicaraan dan pendengaran kes sivil dan jenayah ditetapkan secara kehadiran fizikal hendaklah ditangguhkan dan penetapan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian.

Ujar Siti Rohaida, setakat ini satu tarikh baharu perbicaraan masih belum ditetapkan.

“Ditangguhkan semua bicara seperti mana arahan Ketua Hakim Negara dan tarikh bicara baharu masih belum ditetapkan,” katanya.

Hari ini sepatutnya, lima tertuduh itu iaitu empat pengarah sebuah syarikat yang juga adik-beradik Yip Kok Wai, 52, Yip Kok Mun, 58, Yip Kok Kuin, 50, dan Yip Kok Weng, 60, serta seorang pengurus syarikat yang sama, Ho Voon Leong, 59 dibicarakan berhubung kes pencemaran itu yang berlangsung selama enam hari iaitu pada 2, 3, 9, 10, 17 dan 22 Jun.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI