fbpx

Beberapa kawasan di Sabah dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan beberapa kawasan di Sabah susulan peningkatan kes positif Covid-19 di kawasan tersebut.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kawasan yang dikenakan PKPD berkuat kuasa dari 4 Jun hingga 17 Jun ialah Sandakan, Lahad Datu dan Kota Kinabalu .

“Kawasan di Sandakan yang dikenakan PKPD melibatkan Lorong Taman Utama 5, 6, 7 & 8 manakala di Lahad Datu melibatkan Kampung Sepagaya Hulu. Sementara di Kota Kinabalu membabitkan Rumah Murah Kepayan dan Kampung Tanjung Aru Baru.

“Pelaksanaan PKPD ini bertujuan memudahkan KKM menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko ke luar lokaliti tersebut serta memudahkan pengesanan awal kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan turut melakukan perluasan lokaliti PKPD di kawasan dalam Mukim Pekan, Kunak, Sabah susulan berlaku peningkatan kes yang amat ketara dalam tempoh singkat.

“Sebanyak 15 lokaliti baru dalam Mukim Pekan antaranya ialah Kampung Cina, Kampung Selamat, Kampung Singgah Mata, Kampung Jaya Baru Kampung Haji Mohd Noor dan Pekan Kunak.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati berlaku peningkatan kes yang amat ketara dalam masa yang singkat dan sebanyak 173 kes aktif telah dikesan di lokaliti tersebut dengan kadar positiviti 64 peratus,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI