fbpx

793 individu ditahan ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 793 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan sebanyak 71,549 pemeriksaan.

“Ia melibatkan 3,555 pasukan pematuhan yang terdiri daripada 16,146 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang PKP.

“Seramai 792 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. 781 daripadanya telah dikompaun sementara 10 lagi direman manakala seorang lagi telah dijamin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, antara kesalahan paling banyak direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (180), tidak memakai pelitup muka (170) dan gagal merekod butiran diri (135).

Mengulas lanjut, operasi Benteng semalam telah berjaya menangkap 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas tujuh buah kenderaan darat.

“Sebanyak 173 buah kapal turut dikesan di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan.

“Op Benteng melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia, Maritim Malaysia dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia juga telah menjalankan 683 Sekatan Jalan Raya semalam,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI