fbpx

6 dicekup, dadah RM7.2 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Majid (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di Pantai Klebang, Melaka, kelmarin.

MELAKA – Cubaan enam individu ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa menghantar bekalan bernilai RM7.2 juta menggunakan laluan perairan Melaka berjaya dipatahkan sepasukan polis selepas kesemua mereka dicekup di Pantai Klebang, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.15 pagi itu, kesemua yang ditangkap berusia antara 25 hingga 52 tahun.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, hasil risikan sepasukan polis telah mencekup seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Toyota Harrier dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

Katanya, pemeriksaan lanjut pada kenderaan tersebut menemukan 142.22 kilogram (kg) dadah termasuk 83.084 kg jenis syabu dan 59.14 kg ekstasi.

“Susulan itu, kita menangkap lima lagi suspek termasuk seorang wanita warga Vietnam berusia 25 tahun yang turut berada di lokasi berhampiran menaiki kereta Toyota Altis.

“Kita percaya kesemua mereka terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah rentas negara dan sedang menunggu ‘transporter’ dari negara jiran mengambil bekalan tersebut menggunakan laluan laut,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI