fbpx

42 ekor lembu import dari Thailand positif LSD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian lembu yang diimport dari Thailand pada April lalu dikesan dijangkiti penyakit LSD.

BUKIT KAYU HITAM – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) Kedah mengesan penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) pada ternakan lembu hidup yang diimport dari Thailand pada April lalu.

Maqis negeri ini dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, sebanyak 1,434 ekor lembu diimport dari negara jiran pada 26 April lalu dan menjalani tempoh kuarantin sebelum dibenarkan masuk ke dalam negara.

“Semasa tempoh kuarantin, beberapa sampel telah diambil daripada lembu-lembu itu dan diuji di Makmal Kesihatan Awam Veterinar (MKAV).

“Hasil ujian makmal serta tanda-tanda klinikal mendapati sebanyak 42 ekor lembu telah didapati positif untuk pengesanan penyakit LSD,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata kenyataan itu, setakat ini terdapat dua premis kuarantin yang dipantau oleh Maqis di negeri Kedah dan Kelantan yang menempatkan ternakan lembu dari Thailand dengan tanda-tanda klinikal penyakit LSD.

“Arahan terkini Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah meminta pihak Maqis untuk memanjangkan tempoh kuarantin daripada 14 hari kepada 28 hari untuk memantau lebih rapi ternakan yang diimport dari negara jiran itu,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua lembu yang positif penyakit LSD telah ditahan dan dikuarantinkan dengan pemantauan yang rapi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI