fbpx

126 kematian tertinggi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes kematian hari ini merekodkan angka tertinggi sebanyak 126 kes, menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 mencecah 2,993 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu mencatatkan sebanyak 7,703 kes menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 587,165 kes.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula melaporkan sebanyak 82,274 kes.

“Terdapat 878 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, manakala, 441 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 5,777 kes sembuh hari ini dengan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 501,898 kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI