fbpx

Tiga lagi SJR ditambah di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis yang bertugas di SJR Pasir Pekan yang menghubungkan dua daerah iaitu Kota Bharu dan Tumpat. Foto : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Polis menambah tiga lagi sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini bagi mengelakkan penggunaan laluan lorong tikus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, penambahan SJR itu menjadikan sebanyak enam sekatan dibuka secara keseluruhannya di daerah ini.

Katanya, sebelum ini, tiga SJR dilaksanakan di Kota Bharu iaitu SJR Jalan Hamzah, SJR Jalan Salor-Pasir Mas dan di Peringat Jalan Kota Bharu-Puteh.

“Tiga SJR statik dijalankan di SJR Jalan Salor-Tendong, SJR hadapan Balai Polis Kok Lanas dan SJR Jambatan Pak Nik Lah.

“Sehubungan dengan itu, kita juga menambah kekuatan seramai 104 anggota yang akan bertugas 24 jam mengikut giliran.

“Kita juga akan mengadakan SJR bergerak di seluruh kawasan Kota Bharu termasuk jalan dan lorong tikus yang digunakan oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI