fbpx

Perkeso lanjutkan tarikh akhir permohonan PSU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini mengumumkan akan melanjutkan tarikh akhir permohonan Program Subsidi Upah (PSU) yang sebelum ini dijadualkan tamat pada 30 Jun kepada 31 Julai depan.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, Perkeso menyambut baik keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh pemberian bantuan PSU selama sebulan lagi bagi semua sektor ekonomi yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.

“Kami percaya lanjutan PSU 3.0 ini akan membantu mengurangkan risiko kehilangan pekerjaan atau kepada para pekerja yang majikan mereka terjejas akibat penutupan kebanyakan sektor ekonomi.

“Sehubungan itu, Perkeso juga akan melanjutkan tarikh akhir permohonan PSU dari 30 Jun ke 31 Julai 2021 dan subsidi ini akan dipanjangkan secara automatik kepada majikan yang telah memohon di bawah PSU 3.0,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohammed Azman, para pemohon hanya perlu mengemaskinikan senarai pekerja sebelum 15 haribulan pada bulan yang berkenaan namun permohonan baharu perlu dibuat oleh majikan yang masih belum berbuat demikian di bawah PSU 3.0.

“Sejak diperkenalkan pada 1 April 2020, PSU telah berjaya membantu majikan yang terkesan
dari segi ekonomi akibat Covid-19 atau penutupan operasi semasa PKP supaya dapat meneruskan operasi syarikat tanpa memberhentikan mana-mana pekerja.

“PSU adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah,” jelas beliau.

Difahamkan, sehingga 30 Mei lalu, sebanyak 330,586 permohonan daripada majikan telah diluluskan yang memberi manfaat kepada seramai 2.72 juta pekerja dengan jumlah keseluruhan
bayaran sebanyak RM15.04 bilion.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI