fbpx

Pergerakan kenderaan di jalan raya turun 80 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Pergerakan kenderaan pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh hari ini didapati berkurangan secara purata sehingga 80 peratus.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, maklumat tersebut diperolehi hasil laporan daripada Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias dan diharapkan berterusan dalam melandaikan lengkuk Covid-19.

“Berdasarkan laporan secara purata pengurangan kenderaan adalah 70 hingga 80 peratus dan ini adalah laporan yang baik menunjukkan ada kesedaran di kalangan rakyat.

“Bagaimanapun, yang menjadi masalah apabila terdapat beberapa selebriti atau orang terkenal mengeluarkan cakap bukan-bukan berhubung jalan raya sesak apabila PKP dilaksanakan hari ini.

“Kesesakan yang berlaku di sekatan jalan raya (SJR) adalah untuk memastikan pengguna jalan raya semua mengikut kaedah yang telah diluluskan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat SJR di Bukit Jelutong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kelonggaran akan diberikan pada hari pertama dan kedua PKP susulan kesulitan mendapatkan permit pada malam tadi.

“Walaupun ada kekecohan sedikit berhubung kelulusan pergerakan mereka namun ia tidak memberikan sesuatu yang amat menyulitkan kerana polis memahami dan mengambil maklum akan kesalahan itu.

“Hari yang pertama dan kedua mungkin akan ada kelonggaran asalkan pengguna memaklumkan kepada kita akan kesulitan mendapatkan permit itu,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI