fbpx

Pengurus projek dikompaun RM50,000 langgar peraturan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamzurin.

IPOH – Seorang pengurus projek di sebuah syarikat pembinaan di Kamunting dekat sini dikompaun RM50,000 oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak kerana gagal mengadakan pelan mengangkat bagi pengendalian kren bergerak.

Pengarah JKKP Perak, Zamzurin Maarof berkata, tindakan dikenakan susulan pemeriksaan mengejut di tapak pembinaan kilang di Kawasan Perindustrian Kamunting pada 31 Mac lalu.

Katanya, dalam pemeriksaan itu, pengurus projek syarikat tersebut didapati gagal untuk mengadakan pelan mengangkat sebelum pengoperasian, pengendalian dan penyelenggaraan kren bergerak.

“Semasa pemeriksaan dibuat, syarikat kontraktor berkenaan sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan sebuah kilang.

“Ekoran kesalahan tersebut, satu kertas siasatan telah dibuka dan tindakan kompaun RM50,000 dikeluarkan mengikut Perintah 2(e), Perintah Khas Ketua Pemeriksa Bilangan 2 Tahun 2020, Pengurusan dan Pengendalian Selamat Kren Bergerak,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI