fbpx

Penduduk kampung dakwa puntianak hisap darah biri-biri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan gigitan yang ditemui pada bangkai biri-biri milik penduduk di Jawa Barat menyerupai taring drakula. - Agung Sedana / TIMES Indonesia

JAKARTA – Penduduk Desa Kedungsari di Kecamatan Tegaldlimo dalam wilayah Jawa Barat gempar berikutan misteri kematian ternakan biri-biri mereka yang didakwa dibunuh oleh makhluk penghisap darah dipercayai puntianak, lapor Suara.com, kelmarin.

Menurut penduduk setempat, sebanyak lima ekor biri-biri ditemui mati dan mempunyai kesan gigitan di leher menyerupai kesan taring puntianak atau Drakula.

Pemilik biri-biri itu yang dikenali sebagai Yusuf berkata, ini kali pertama dia melihat kesan gigitan seperti itu pada bangkai ternakannya.

“Saya tidak pasti punca kematian biri-biri ini kecuali boleh mengesahkan ada kesan taring pada leher haiwan itu,” katanya.

Kejadian tersebut semakin aneh kerana tiada serakan atau kesan darah ditemui berhampiran bangkai biri-biri, manakala kawasan kandang juga kelihatan seperti biasa tanpa tanda-tanda diceroboh.

Ketua Polis Tegaldlimo, Asisten Komisioner Bambang Suprapto mengesahkan kejadian itu dan memberitahu bahawa kandang haiwan ditutup rapat semasa insiden berlaku.

Polis mempercayai kejadian itu berlaku antara pukul 2 pagi hingga 4 pagi (waktu tempatan).

Oleh kerana lokasi kandang terletak berdekatan dengan hutan, polis mengesyaki bahawa kejadian itu dilakukan oleh binatang buas.

“Kandang ini sangat dekat dengan hutan. Jaraknya hanya sekitar 100 meter. Jadi suspek utama kejadian ini adalah haiwan liar dari dalam hutan,” kata Bambang. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI