fbpx

Pelajar UMS dinobat Unduk Ngadau 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maya (tengah) bergambar bersama Dianarin (kiri) dan Febby Angelica selepas berakhirnya pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2021 di Penampang semalam.

PENAMPANG – Penuntut bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Muzik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Maya Hejnowska dinobatkan selaku pemenang Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2021 di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) semalam.

Gadis berdarah campuran Kadazan-Polish itu yang merupakan pemenang Unduk Ngadau bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api berjaya menewaskan 21 peserta akhir.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Maya mengambil alih takhta UNK daripada pemenang UNK 2019, Francisca Ester Nain.

Selaku pemenang, Maya membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM66,830 termasuk wang tunai sebanyak RM25,000 dan biasiswa pendidikan dari North Borneo University College (NBUC) bernilai RM35,000.

Anak kedua daripada tiga beradik itu turut memenangi gelaran Tati Tosuau (Miss Friendly) semasa Sodop Pintutunan atau Malam Gala UNK yang diadakan pada 28 Mei lalu.

Selain itu, Maya yang bercita-cita menjadi seorang pensyarah muzik juga dipilih sebagai Miss Charming melalui undian laman web. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI