fbpx

Naib Presiden Indonesia seru golongan kaya tidak culas beri zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naib Presiden Indonesia, Ma’aruf Amin menyeru golongan hartawan negara ini tidak lupa memberi zakat agar membantu usaha kerajaan mengatasi isu kemiskinan. - Dok. KIP/Setwapres

JAKARTA – Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin menegaskan pentadbiran negara itu telah melakukan yang terbaik dalam usaha mengatasi masalah kemiskinan dan kemunduran rakyat, lapor akhbar Kompas hari ini.

Menurut Ma’ruf, isu kemiskinan adalah perkara normal bagi setiap negara, tidak kira bagi negara membangun atau sudah maju.

“Kerajaan Indonesia telah berusaha keras bagi memastikan masalah kemiskinan dalam kalangan rakyat tidak berlanjutan dengan meningkatkan bantuan sosial, pendidikan, kesihatan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Namun begitu, isu kemiskinan ini bukan perkara baharu dan kebanyakan negara di dunia berdepan perkara sama termasuk di benua Amerika dan Eropah,” katanya dalam satu sidang media maya bagi majlis Seminar Pengajian al-Quran Antarabangsa anjuran Perguruan Tinggi Ilmu al-Quran (PTIQ) di Jakarta.

Tambah Ma’ruf, isu kemiskinan rakyat adalah lebih ketara di negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam.

Oleh sebab itu, ajaran Islam memberatkan soal pemberian zakat daripada kalangan hartawan agar dapat sama-sama membantu golongan memerlukan.

“Tanggungjawab mengeluarkan zakat, hukumnya adalah wajib bagi mereka yang mampu. Ini juga antara cara yang ditekankan dalam agama kita bagi mengatasi masalah kemiskinan sesama saudara Islam,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI