fbpx

MTC catat prestasi kukuh pada suku pertama 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sektor berasaskan kayu merekodkan prestasi kukuh pada suku pertama tahun ini walaupun Malaysia masih berdepan dengan pandemik Covid-19.

Jumlah eksport kayu telah meningkat sebanyak 9.9 peratus kepada RM6.04 bilion berbanding tahun lepas. Tiga pasaran utama Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) iaitu di Eropah, Amerika dan Oceania yang menunjukkan kenaikan eksport yang amat menggalakkan.

MTC menerusi satu kenyataan berkata, pasaran eksport mencatatkan pemulihan yang memberangsangkan dengan meningkat sebanyak 9.9 peratus kepada RM561.2 juta berikutan dengan permintaan produk dan perabot kayu yang tinggi dari golongan yang bekerja dari rumah.

“Tiga produk utama ke pasaran adalah perabot kayu (RM242.9 juta), produk kayu tanggam (RM96.5 juta) dan kayu gergaji (RM73.9 juta).

“Bagaimanapun, terdapat penurunan permintaan di Asia Timur kerana perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat serta Eropah yang menyebabkan penurunan permintaan terhadap bahan mentah dan komponen kayu.

“Permintaan dari China dijangka melonjak semula pada suku kedua tahun ini oleh kerana dasar peredaran dua jenis (dual circulation) yang bertujuan mengurangkan kebergantungan China terhadap bahagian eksport dan tingkatkan penggunaan domestik,” kata kenyataan itu.

Menurut MTC, banyak usaha terus dijalankan untuk membantu syarikat berasaskan kayu mengekalkan kelangsungan perniagaan dan pihak MTC menyediakan program yang menggalakkan industri ke arah pendigitalan dan e-platform serta akan membuka banyak lagi peluang pekerjaan secara online.

“Pihak kami turut menawarkan beberapa program baharu seperti Young Entrepreneur Society (YES), sebuah program untuk membantu industri dalam perancangan peralihan pengurusan kepada generasi muda zaman ini.

“Selain itu, kami menyediakan program seperti Penempatan Jurutera dan Latihan Pra-Siswazah dalam Industri Kayu Kayan 2021 (EPIP), TimbeReality, Program Inkubator Reka Bentuk (DIP), Program Keusahawanan Pemasaran Digital (DMEP) dan Program Bantuan Eksport (EAP).

“Kami berharap agar insentif serta program yang ditawarkan oleh MTC dapat membantu para pemain industri untuk meningkatkan produktiviti mereka bagi menghasilkan produk kayu yang bernilai tinggi demi perniagaan dan ekonomi negara,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI