fbpx

Jepun perketat kemasukan pelancong dari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jepun memperketatkan kemasukan pelancong termasuk dari Malaysia bagi mengawal sempadan negara itu untuk menghalang penularan lebih banyak varian Covid-19. – AFP

TOKYO – Pelancong dari Malaysia dan Vietnam yang memasuki Jepun dikehendaki menjalani kuarantin selama enam hari di lokasi-lokasi yang ditetapkan kerajaan negara itu, lapor agensi berita Kyodo News hari ini.

Menurut sumber, langkah tersebut bertujuan untuk mengawal sempadan negara itu bagi menghalang penularan lebih banyak varian Covid-19.

Selain itu, Jepun turut menetapkan arahan kuarantin selama 10 hari bagi pelancong dari Afghanistan dan tiga hari untuk mereka yang tiba dari Thailand serta beberapa negeri di Amerika Syarikat.

Buat masa ini, Jepun telah melaksanakan larangan perjalanan ke atas 159 negeri dan wilayah serta menyekat kemasukan warganegara asing termasuk mereka yang mempunyai status penduduk, yang telah pergi ke negara-negara tersebut dalam tempoh dua minggu lepas, kecuali dalam keadaan tertentu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI