fbpx

Jambatan runtuh selepas dilalui lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jambatan yang menjadi jalan pintas menghubungkan Kampung Tanjung Jering dengan Kampung Berhala, Bachok runtuh selepas dilalui oleh sebuah lori semalam.

BACHOK – Sebuah jambatan yang menjadi jalan pintas menghubungkan Kampung Tanjung Jering dengan Kampung Berhala di sini runtuh selepas sebuah lori membawa muatan batu melalui laluan itu semalam.

Kejadian pada pukul 6.20 petang itu mengakibatkan jalan ke kedua-dua kampung itu ditutup sepenuhnya ketika ini.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, bagaimanapun, pemandu lori berusia 24 tahun yang berasal dari Jelawat didi sini tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Katanya, penduduk kampung yang melihat insiden itu telah menghubungi pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

“Pemeriksaan terhadap pemandu lori itu mendapati dia mempunyai lesen dan semua dokumen berkaitan yang sah malah tidak melanggar undang-undang.

“Pemandu itu tidak ditahan dan polis hanya mengambil keterangannya sahaja,” katanya ketik dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohamad Ismail, siasatan mendapati, jambatan itu merupakan laluan alternatif penduduk kampung untuk kedua-dua buah kampung dan jika tidak menggunakan jambatan itu, penduduk perlu menggunakan jalan utama dengan jaraknya kira-kira 1.5 kilometer. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI