fbpx

Gara-gara degil Osaka akan dihukum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSAKA enggan menghadiri sesi sidang media selepas aksi pertama menyebabkan dia didenda dan berdepan hukuman penggantungan daripada aksi Grand Slam lain. – AFP

PARIS – Bintang tenis sensasi Jepun, Naomi Osaka berkemungkinan disingkirkan daripada meneruskan saingan pada kejohanan Grand Slam Terbuka Perancis selepas membuat keputusan untuk memboikot sidang media yang dilakukan oleh penganjur.

Sebagai rekod, pemain ranking No. 2 dunia itu telah didenda sebanyak AS$15,000 (RM62,000) oleh penganjur kejohanan selepas tidak menghadiri sesi media yang ditetapkan sejurus dia memenangi aksi pusingan pertama menentang Patricia Maria Tig awal pagi semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur, mereka telah berusaha untuk berhubung secara peribadi dengan Osaka untuk menarik semula keputusannya tetapi berdepan dengan jalan buntu.

“Kami menasihatkannya menerusi kenyataan ini agar dia tidak meneruskan usaha untuk memboikot sidang media yang kami lakukan kerana ia adalah kesalahan besar dan boleh dikenakan hukuman.

“Sekiranya ia diteruskan, kemungkinan besar dia akan di­singkirkan daripada meneruskan saingan pada Terbuka Perancis kali ini dan mungkin untuk tiga kejohanan Grand Slam yang lain seperti Terbuka Australia, Kejuaraan Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat,” katanya.

Pada minggu lalu, Osaka telah mengesahkan bahawa dia tidak akan menyertai sebarang sidang akhbar yang dilakukan oleh penganjur atas alasan peribadi dan hanya akan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial rasminya.

Pada aksi semalam, Osaka tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Maria Tig dengan kemenangan straightset untuk menempah aksi pusingan kedua bertemu wakil dari Romania, Ana Bogdan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI