fbpx

Dua penunggang maut, nahas tiga buah motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan nahas tiga buah motosikal menyebabkan dua penunggang maut di kilometer 20, Jalan Seremban-Tampin, di sini, petang semalam. - Foto MEDIA SOSIAL

REMBAU – Dua penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas tiga buah kenderaan di kilometer 20, Jalan Seremban-Tampin, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 petang berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJKT Ladang Chembong itu, mangsa, S Mahesan, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala, seorang lagi mangsa, Muhammad Ikhmal Zaqwan Khan Mohd Bakri, 15, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Rembau.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Pemangku Deputi Superintendan, Hazri Mohamad, kemalangan berkenaan membabitkan tiga buah motosikal iaitu dua daripadanya jenis Honda dan satu jenis Modenas.

“Berdasarkan siasatan awal, Mahesan menunggang dari arah Seremban menghala ke Rembau. Apabila sampai di tempat kejadian, motosikalnya telah bertembung dengan motosikal yang ditunggangi Ikhmal Zaqwan yang datang dari arah bertentangan.

“Kemudian datang motosikal ketiga yang ditunggang dari arah Rembau oleh seorang lelaki berusia 29 tahun menghala ke Seremban tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal yang berada atas laluan,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.

Hazri berkata, motosikal yang ditunggang Ikhmal Zaqwan turut membonceng kakaknya, Hana Amyliya Marsyainir Mohd Bakri, 18, yang kini dirawat di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Rembau susulan mengalami kecederaan kaki patah dan luka di bahagian kepala.

Menurutnya, seorang lagi penunggang yang terbabit kemalangan mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Zon Hijau, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Rembau.

“Mayat kedua-dua mangsa akan dibedah siasat pukul 10 pagi esok di Jabatan Forensik Hospital Rembau.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI