BEIJING – China melaporkan kes manusia dijangkiti selesema burung H10N3 pertama di dunia, lapor sebuah akhbar hari ini.
Virus tersebut biasanya menjakiti ternakan ayam dan itik.
Pihak berkuasa kesihatan bagaimanapun berkata, risiko berlakunya wabak berskala besar adalah ‘amat rendah’.
Suruhanjaya Kesihatan Nasional China (NHC) memberitahu, pesakit merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun dari Zhenjiang yang merupakan sebuah bandar di wilayah Jiangsu.
Lelaki itu dimasukkan ke hospital pada 28 April lalu selepas mengalami demam dan simptom lain.
NHC menyatakan, lelaki itu dijangkiti oleh haiwan ternakannya tetapi tidak memberi sebarang perincian bagaimana perkara itu berlaku.
“Keadaan pesakit stabil dan dia bersedia untuk dibenarkan keluar dari hospital,” kata NHC dalam satu kenyataan.
H10N3 tergolong dalam virus selesema burung. Virus itu boleh membunuh burung liar dan ternakan unggas seperti ayam serta itik.
Ia boleh tersebar melalui udara antara burung liar dan ternakan unggas tseperti selesema biasa.
Terdapat beberapa varian selesema burung dengan tahap kebolehjangkitan berbeza yang berpotensi mencetuskan wabak dan kebiasaannya menjangkiti pekerja ladang ternakan ayam serta itik. – Agensi