fbpx

71 kes kematian akibat Covid-19 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 71 kes kematian baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 sebanyak 2,867 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu pula merekodkan sebanyak 7,105 kes termasuk dua daripadanya kes import dengan jumlah kumulatif kes sebanyak 579,462 kes.

“Angka kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 juga meningkat kepada 80,474 kes termasuk 872 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 419 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 6,083 kes sembuh dengan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 496,121 kes,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI