fbpx

445 ekor ayam mentah untuk penduduk Kepulauan Tumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian ayam mentah yang akan diagihkan kepada penduduk di Kepulauan Tumpat.

TUMPAT – Sebanyak 445 ekor ayam mentah diagihkan kepada penduduk di tujuh kampung di Kepulauan Tumpat di sini yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mukim Sungai Pinang ketika ini.

Sumbangan diserahkan oleh Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat dan aktivis masyarakat yang memahami kehidupan penduduk di pinggir Sungai Kelantan ekoran tidak dapat keluar membeli barangan mentah.

Wakil penyumbang, Akbar Che Ali berkata, pihaknya telah membuat kutipan wang tunai sebanyak RM8,600 dalam tempoh empat hari sebelum membeli bekalan ayam mentah dan barangan makanan lain untuk penduduk di kawasan tersebut.

“Selain ayam mentah, kita turut mengagihkan telur, sardin dan ikan masin kepada penduduk.

“Lampin pakai buang untuk bayi dan kanak-kanak turut diberikan dan penduduk yang memerlukan barangan itu boleh mengambilnya di Masjid Mukim Teluk Renjuna,” katanya ketika ditemui pemberita di Jeti Kok Majid di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI