fbpx

37 jemaah surau langgar SOP dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah di sebuah surau di Mukim Chetok, Pasir Mas yang tetap menunaikan solat Isyak ketika PKP kelmarin.

PASIR MAS – Sikap degil seramai 37 jemaah di dua buah surau di Mukim Chetok di sini kelmarin yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menunaikan solat Isyak mengundang padah apabila kesemua mereka telah dikompaun RM1,500.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, kesemua individu yang dikompaun itu berusia antara 20 hingga 70 tahun selepas mereka didapati menunaikan solat dengan tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal.

Katanya, mereka menerima kompaun itu selepas polis mengadakan pemeriksaan di dua buah surau itu kira-kira pukul 9 malam.

“Jemaah di surau itu degil apabila mereka tetap menunaikan solat Isyak secara berjemaah meskipun kerajaan sudah mengeluarkan larangan berbuat demikian.

“Apa yang dilakukan oleh para jemaah ini boleh mendedahkan kepada bahaya yang mampu mencetuskan penularan jangkitan Covid-19,” katanya ketika dihubungi Kosmo!hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, dalam pemeriksaan di surau pertama di mukim itu, sebanyak 28 saman dikeluarkan selepas mendapati mereka melanggar SOP. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI