fbpx

Tuduh Rita, Lufya antivaksin, Fara Hanim mohon maaf secara terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARAH HANIM (tengah) mendedahkan sudah menghubungi dan meminta maaf daripada Rita dan Lufya secara peribadi.

PETALING JAYA – Personaliti televisyen, Fara Hanim membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapannya menuduh pelakon Rita Rudaini dan Lufya Omar sebagai golongan antivaksin sebelum ini.

Fara atau nama sebenarnya Fara Hanim Razak berkongsi tangkap layar permohonan maafnya kepada Rita dan Lufya dalam Instagramnya sebentar tadi.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selepas bermuhasabah dan merenung segala kekurangan dan kelemahan diri, Anim (pengganti diri Farah Hanim) menerima dengan terbuka teguran-teguran ramai berkenaan isu membabitkan Anim sebelum ini.

TANGKAP layar perkongsian Farah Hanim menerusi Instagramnya.

“Anim baru sahaja menghubungi pihak terbabit dan di sini juga Anim ingin memohon maaf secara terbuka.

“Hasrat Anim hanya satu iaitu seluruh rakyat Malaysia bersatu hati menentang ancaman virus Covid-19,” tulisnya.

“Insha-Allah Anim perbaiki diri Anim yang serba kekurangan kelemahan ini untuk menjadi insan yang lebih baik, yang berkasih sayang, yang positif untuk semua orang.

“Terima kasih atas hikmah ini, Anim sambut dengan hati yang tenang supaya Allah lebih dekatkan hati Anim dengan-Nya dan dengan hamba-Nya yang lain,” tulisnya lagi.

Tinjauan Kosmo! Online bagaimanpun mendapati Fara menutup ruangan komen kedua-dua hantaran terbaharunya itu.

Terdahulu, Rita menerusi hantaran dalam Instagramnya meluahkan rasa geram dan kecewa terhadap jirannya dipercayai seorang pengacara yang mendakwa dirinya dan seorang lagi rakan selebriti, Lufya Omar antara golongan anti vaksin selepas menyebarkan fakta yang tidak tepat kononnya dengan merebus bunga cengkih mampu mengelakkan diri daripada dijangkiti virus Covid-19.

Berikutan itu, Rita mendesak pengacara tersebut untuk tampil bersemuka dengannya bagi menjelaskan dakwaan ke atasnya berhubung isu antivaksin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI