fbpx

Tiga lelaki direman bantu siasatan kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID

IPOH – Tiga lelaki direman bagi membantu siasatan kes bunuh susulan penemuan satu mayat lelaki terapung di Sungai Kinta di sini pada Khamis lalu.

Perintah reman selama seminggu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh, Azuratul Akmar Abdul Ghafar terhadap kesemua lelaki berkenaan bermula hari ini sehingga Sabtu depan.

Kesemua mereka direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Terdahulu ketiga-tiga suspek yang berusia 21 hingga 34 tahun tiba di Mahkamah Majistret Ipoh kira-kira 10.40 pagi dengan diiringi anggota polis.

Khamis lalu, mayat seorang lelaki lengkap berpakaian tanpa kasut dipercayai dibunuh ditemui terapung di Sungai Kinta dalam keadaan muka dan tangan kirinya mengalami kecederaan teruk.

Mangsa warga tempatan berusia 40 tahun ditemui orang awam kira-kira pukul 6 petang sebelum menghubungi polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI