fbpx

Sindiket bitcoin tidak wujud tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peralatan dan telefon pintar yang dirampas hasil serbuan ke atas sindiket pelaburan bitcoin tidak wujud di pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri, Johor Bahru, Johor petang semalam.

JOHOR BAHRU – Sindiket penipuan pelaburan Bitcoin terbongkar susulan penahanan lapan suspek termasuk dua lelaki warganegara China dalam dua serbuan berasingan di sebuah pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, kesemua suspek yang diberkas berusia antara 21 hingga 33 tahun.

Beliau berkata, polis turut merampas dua set komputer, tiga komputer riba, 35 telefon pintar pelbagai jenama, buku catatan dan wang tunai RM7,200 dirampas.

“Suspek menerima gaji RM2,300 sebulan dan komisyen sebanyak 10 peratus dari hasil penipuan yang berjaya dibuat bagi setiap kes.

“Hasil siasatan terdapat dua laman web yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam aktiviti pelaburan bitcoin yang tidak wujud.

“Media sosial menjadi platform buat kesemua suspek mencari mangsa dengan memulakan perbualan sebagai kawan sehingga memperoleh kepercayaan mangsa dan seterusnya mendorong dan memperdaya mereka untuk pelaburan bitcoin,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI