fbpx

Semua taman awam DBKL ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak bermain basikal di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Semua taman awam di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditutup sepenuhnya daripada sebarang aktiviti rekreasi bermula esok ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

DBKL dalam hantaran di laman Facebooknya berkata, langkah berkenaan diambil bagi mengurangkan pergerakan dan interaksi secara bersemuka dalam mengekang penularan pandemik Covid-19.

“Bagaimanapun, warga kota masih boleh melaksanakan aktiviti fizikal di kawasan kediaman masing-masing.

“Bersama-sama kita berganding bahu dan bekerjasama dalam menangani wabak ini,” katanya di sini hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI