fbpx

Semua kaunter operasI TH ditutup kecuali urusan kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Semua operasi kaunter Tabung Haji (TH) di seluruh negara akan ditutup sementara bermula esok selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula esok.

Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mustakim Mohamad berkata, bagaimanapun urusan janji temu bagi perkara kritikal seperti pindahan simpanan dan pindahan telegrafik melebihi had harian, pembatalan haji dan tuntutan pusaka serta hibah amanah yang mendesak masih boleh dilakukan.

Menurutnya, orang ramai yang ingin membuat urusan kritikal tersebut di cawangan perlu memohon janji temu dengan melayari laman web www.tabunghaji.gov.my.

“Janji temu yang dilakukan sebelum 31 Mei 2021 adalah terbatal secara automatik dan perlu dibuat semula bagi urusan kritikal sahaja.

Kehadiran di cawangan tanpa membuat janji temu adalah tidak dibenarkan sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mustakim menyarankan pendeposit untuk melakukan transaksi melalui platform dalam talian yang disediakan menerusi aplikasi THiJARI.

Jelasnya, pendeposit boleh melakukan pindahan simpanan dari mana-mana bank ke dalam akaun TH melalui FPX secara masa nyata (real-time) selain boleh membuat arahan pindahan simpanan tetap secara bulanan melalui e-Mandate FPX.

“Para pendeposit juga boleh melakukan transaksi di mesin pengeluaran tunai (ATM), mesin deposit tunai (CDM) dan perbankan internet empat rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB Bank.

“Selain itu juga, pendeposit boleh melakukan pindahan simpanan dari mana-mana bank ke dalam akaun TH melalui JomPay di perbankan internet bank masing-masing,” kata Mustakim.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan TH, orang ramai boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan TH (THCC) di talian 03-6207 1919. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI