fbpx

Segera vaksin pekerja sektor perkhidmatan perlu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mencadangkan supaya pekerja sektor perkhidmatan perlu turut diutamakan dalam pemberian vaksin Covid-19 susulan penularan wabak itu yang semakin serius.

Setiausahanya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya menerima banyak aduan dan rungutan daripada pekerja sektor tersebut yang bimbang keselamatan diri dan keluarga.

“Sebagai contoh perkhidmatan perlu seperti penghantar makanan, mereka sangat berisiko dijangkiti Covid-19 kerana perlu berurusan dengan ramai orang.

“Mereka juga menyatakan kebimbangan untuk melaksanakan tugas kerana mungkin akan menjangkiti keluarga dan orang lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga perlu mengiktiraf pekerja perkhidmatan perlu ini sebagai barisan hadapan dengan pemberian vaksin bagi memudahkan mereka melaksanakan tugas dengan baik.

“Pekerja juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan dan menjaga jarak fizikal,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI