fbpx

PPV MITEC akan menerima 8,000 penerima vaksin 7 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) akan mula beroperasi pada skala mega bermula 7 Jun ini bagi menerima 8,000 orang penerima vaksin sehari.

Penyelaras PPV MITEC, Dr. Nor Maizura Haron, berkata persiapan menyeluruh sedang dirancang rapi bagi memudahkan urusan pemberian vaksin.

“Kita akan menambah bilangan petugas dan juga kemudahan untuk orang menunggu bagi memudahkan urusan proses vaksinasi itu nanti,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelasnya lagi, beliau menyasarkan sebanyak 2,400 penerima vaksin sehari.

“Kita menyasarkan 2,400 orang hadir menerima vaksin hari ini bagi dos pertama dan kedua. Ia susulan pengumuman oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjadikan PPV MITEC sebagai PPV mega pada 7 Jun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Maizura berkata, proses pemberian vaksin pada hari pertama operasi setakat ini berjalan dengan lancar sambil dibantu sebanyak 250 petugas, termasuk 85 daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Setiap penerima vaksin hanya mengambil tempoh kurang daripada sejam bermula daripada saringan termasuk 30 minit proses pemantauan selepas diberikan imunisasi itu.

“Hari ini juga kita menerima 50 penerima vaksin dalam kalangan bakal jemaah haji. Kehadiran mereka berdasarkan senarai dikeluarkan Tabung Haji (TH) selain sudah berdaftar dengan MySejahtera,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI