BERLIN – Sebuah pesawat syarikat penerbangan Ireland, Ryanair membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Berlin, Jerman selepas menerima amaran ancaman bom, lapor akhbar tempatan, Bild Zeitung.
Pesawat membawa 160 penumpang itu dilaporkan dalam perjalanan ke Poland sebelum secara tiba-tiba meminta untuk mendarat cemas di Lapangan Terbang Berlin-Brandenbug (BER) sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) semalam.
Seorang jurucakap polis Berlin berkata, anggota pasukan keselamatan telah melakukan nemeriksaan keselamatan, namun tidak menemui sebarang ancaman bahaya.
“Para penumpang akan meneruskan perjalanan ke Poland dengan menaiki pesawat ganti,” katanya kepada AFP, tanpa memberikan perincian lanjut berkenaan amaran bom yang dilaporkan.
Penerbangan dikosongkan dengan bagasi para penumpang digeledah untuk mencari bom tersebut, lapor media Jerman.
“Pesawat Ryanair yang melakukan pendaratan kecemasan melaporkan keadaan darurat udara dan oleh karena itu segera diberi izin mendarat di BER,” kata jurucakap lapangan terbang, Jan-Peter Haack.
“Pesawat itu berada dalam keadaan selamat,” kata jurucakap polis kepada akhbar Bild. – AFP