fbpx

Moratorium automatik selama tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dijalankan berpeluang mendapat moratarium automatik selama tiga bulan.

Beliau berkata, individu yang kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP turut boleh memilih mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus dalam tempoh 6 bulan.

“Inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 5 juta peminjam dengan nilai sehingga RM30 bilion ringgit.

“Insya-Allah, industri perbankan akan memberikan maklumat lebih terperinci berhubung perkara ini mulai esok,” katanya pada perutusan khas Bantuan PKP 3.0 yang disiarkan secara langsung sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI