fbpx

Masyarakat hari ini makin hilang adab – Siti Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarah kecewa melihat adab masyarakat hari ini yang dinilai semakin pudar sehingga sanggup berkata perkara yang kurang enak terhadap institusi diraja di negara ini.

PETALING JAYA – Penyanyi Siti Sarah ternyata kecewa melihat adab masyarakat hari ini yang dinilai semakin pudar sehingga sanggup berkata perkara yang kurang enak terhadap institusi diraja di negara ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik penyanyi itu dalam Instagramnya, Sarah berkata adab sopan masyarakat hari ini jauh berbeza dengan orang dahulu yang penuh beradab terutama ketika bertutur dengan orang atasan.

“Orang zaman sekarang ramai yang tidak seperti dahulu, penuh dengan adab. Tau pangkat diri macam mana nak bertutur dengan orang atasan.

“Benda maca mini berlaku dari dalam rumah sendiri. Jangan main langgar sahaja,” ujarnya.

Kata pelantun lagu Jangan Kau Mimpi itu lagi, masyarakat seharusnya sedar dengan siapa dirinya sedang bercakap dan tidak boleh ‘sembur’ sembarangan.

“Sekarang ini adab dengan ibu bapa, guru dan ketua macam dah hilang. Tak fikir hati dan perasaan orang lain,” jelasnya.

Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin, 37, meluahkan rasa hatinya itu selepas merujuk tindakan oleh pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni berhubung video berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong dalam YouTube.

Difahamkan Iswarny kini telah ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman untuk membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI