fbpx

Masjid Indonesia jadi pusat kuarantin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid KH Hasyim Ashari atau Masjid Raya Jakarta yang sudah disiapkan untuk menjadi pusat kuarantin pesakit Covid-19. -Detik.com

JAKARTA – Pihak kerajaan Indonesia akhirnya memberi keizinan untuk menggunakan masjid tertentu di negara itu ditukar menjadi pusat kuarantin darurat bagi pesakit Covid-19, lapor laman Suara.com kelmarin.

Salah satu lokasi masjid yang sudah disiapkan nagi tujuan tersebut adalah Masjid KH Hasyim Ashari atau Masjid Raya Jakarta di Cengkareng, barat Jakarta.

Jurucakap Satuan Tugas Pengurusan Covid-19, Wiku Bakti Bawono Adisasmito berkata, lokasi atau kemudahan lain yang berada di sekitar kawasan kejiranan penduduk juga boleh dijadikan sebagai lokasi kuarantin darurat bagi pesakit Covid-19.

“Jika fasiliti atau infrastruktur kuarantin tidak mencukupi bagi tempoh darurat, lokasi alternatif lain boleh digunakan asalkan ia memenuhi standard ideal dan boleh diklasifikasikan sebagai layak dan menerima pemantauan secara kerap,” katanya.

Standard yang dimaksudkan meliputi bilik bagi petugas kesihatan untuk menanggalkan  sut perlindungan diri (PPE), ruang berehat yang terasing dari ruang perawatan, bilik mandi untuk petugas kesihatan dan tirai penghalang yang melindungi petugas kesihatan apabila berinteraksi dengan pesakit.

Selain itu, kemudahan air bersih dan ruang udara yang baik juga perlu selain ruang rawatan berasingan bagi pesakit lelaki dan perempuan dan tempat rawatan khas untuk kanak-kanak.

“Pesakit yang dirawat bersama keluarga akan ditempatkan dalam bilik sama.

“Bagi pesakit yang sedang menunggu keputusan ujian Covid-19, mereka akan ditempatkan di ruangan yang terpisah daripada pesakit yang sudah positif,” kata Wiku Bakti. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI