fbpx

Lelaki cetus provokasi, pertikai tugas polis diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki mempertikai tugas polis dan melakukan provokasi termasuk merakam video mengundang padah apabila dia diberkas semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku ketika pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menjalankan pemeriksaan terhadap sekumpulan individu di Seksyen 14 di sini.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, pasukan tersebut telah meminta suspek menunjukkan MyKad, bagaimanapun suspek enggan memberikan kerjasama dan tidak berpuas hati.

“Suspek kemudiannya melakukan provokasi dengan mempertikaikan tugas polis termasuk merakam video dan mengugut mahu menularkannya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, ekoran tindakan itu, suspek ditahan dan direman sehari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” ujarnya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai polis yang menjalankan tugas di lapangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI