fbpx

Peruntukan RM40 bilion tangani kesan PKP 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan program bantuan PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus sebagai inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu meredakan cabaran yang dihadapi, terutamanya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Menurut Muhyiddin, nilai keseluruhan program PEMERKASA Plus adalah berjumlah RM40 bilion ringgit, di mana suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak RM5 bilion.

“Langkah baharu PEMERKASA Plus akan dilaksanakan berlandaskan tiga matlamat utama iaitu Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam, Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan,” katanya pada perutusan khas Bantuan PKP 3.0 yang disiarkan secara langsung sebentar tadi. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI