PARIS – Paris Saint-Germain dilaporkan sudah mencapai kata sepakat secara prinsip bersama pemain pertahanan Inter Milan, Ashraf Hakimi mengenai potensi perpindahannya musim depan.
PSG sangat bersungguh-sungguh untuk mendapatkan khidmat pemain itu tetapi tidak ada sebarang perbincangan dilakukan bersama Inter untuk proses perpindahan berkenaan.
Inter keberatan untuk melepaskan khidmat Hakimi tetapi perkembangan terbaharu menyaksikan PSG yang dibimbing Mauricio Pochettino semakin hampir untuk membawanya ke Parc des Prices.
Kebolehan Hakimi beraksi sebagai bek kiri dan kanan serta kejayaan membantu Inter menjulang gelaran Serie A membuatkan ‘saham’ pemain ini melonjak.
Biarpun berjaya memecah dominasi Juventus dengan merangkul gelaran Scudetto musim ini, Inter dilaporkan berdepan masalah kewangan meruncing menyebabkan mereka perlu menjual beberapa pemain bagi mendapatkan aliran tunai sebanyak £87 juta (RM510 juta) selain merancang untuk memotong gaji pemain skuad utama.
Selain Hakimi yang masih memiliki baki kontrak selama empat tahun, Inter juga mungkin terpaksa melepaskan penggempur utama mereka, Romelu Lukaku untuk tujuan berkenaan. – AGENSI