fbpx

Guardiola pertahan keputusan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA terus kempunan untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara selepas kali terakhir bersama Barcelona. - AFP

PORTO – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mempertahankan keputusannya menggunakan taktik berbeza ketika tewas 0-1 kepada Chelsea pada final Liga Juara-Juara di Stadium Dragao awal pagi semalam.

Pengendali dari Sepanyol itu membuat keputusan meletakkan Ilkay Gundogan pada posisi tengah bertahan biarpun memiliki Rodri dan Fernandinho yang lebih arif dengan posisi berkenaan.

Kata Guardiola, beliau tidak menyesal dengan keputusan itu kerana menganggap kese­belasan utama yang diturun­kan adalah yang terbaik untuk berdepan skuad kendalian Thomas Tuchel.

“Saya ambil keputusan untuk senaraikan semua pemain terbaik pada perlawanan ini. Saya tidak silap kerana Gundogan sudah beraksi pada posisi itu sejak sekian lama.

“City perlukan pemain yang pantas serta berkualiti di bahagian tengah bagi membolehkan pasukan menguasai permainan. Itu adalah pertimbangan yang saya ambil untuk membuat keputusan itu,” katanya.

Bekas jurulatih Barcelona itu turut menegaskan, Chelsea bertahan dengan baik pada separuh masa bagi menafikan beberapa peluang keemasan yang dimiliki City.

“Kami bermain sangat baik pada separuh masa kedua, bagaimanapun mereka terlalu kuat di bahagian pertahanan. Mungkin kami akan datang lagi (ke final) satu hari nanti,” ujar­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI