fbpx

Dah dapat janji temu, pergi sajalah – Fauziah Nawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fauziah Nawi kesal dan kecewa dengan sikap segelintir rakyat di negeri kelahirannya, Perak apabila dikatakan lebih 9,000 orang tidak hadir vaksin walaupun nama sudah dipilih untuk janji temu.

PETALING JAYA – Seniwati Fauziah Nawi menggesa mereka yang telah menerima janji temu untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 agar berbuat demikian tanpa memberikan sebarang alasan munasabah.

Fauziah menerusi satu temu bual rancangan televisyen baru-baru ini kesal dengan tindakan lebih 9,000 individu yang tidak menghadirkan diri untuk menerima vaksin di negeri kelahirannya di Perak.

“Kenapa dengan orang Perak ini? Sampai nak dekat 10,000 orang tak datang. Sudah dapat temu janji, pergilah.

“Kamu semua ini tak percaya ke Covid-19 ini membunuh? Kalau satu rumah dah dijangkiti, baru nak menyesal.

“Berdoalah supaya tidak ada apa yang serius berlaku kerana kalau meninggal dunia sekali pun, tiada siapa boleh ziarah kita,” katanya.

Menurut Fauziah atau nama sebenarnya Faiziah Nawi, 68, dia tidak menolak jika ada segelintir individu yang tidak dapat hadir ke pusat vaksinasi disebabkan masalah tertentu seperti akses pengangkutan dan kewangan.

Untuk rekod, pelakon filem Sayang Salmah itu dijadualkan bakal menerima dos suntikan pertama vaksin Covid-19 pada 2 Jun ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI