fbpx

77 penumpang belum hubungi Prasarana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 77 penumpang yang terlibat dalam kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada 24 Mei lalu masih belum menghubungi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Prasarana dalam satu kenyataan di laman Facebook Rapid KL berkata, pihak mereka akan bertanggungjawab atas kos perubatan dan kos lain-lain berhubung kecederaan yang dialami mangsa yang terlibat.

“Kami memohon orang ramai dapat membantu menyebarkan infografik ini dan berharap semua 77 penumpang tersebut dapat dikesan bagi memudahkan urusan berkaitan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Prasarana turut menawarkan khidmat kaunseling untuk membantu para penumpang yang mengalami trauma ekoran pelanggaran tren LRT dalam terowong antara stesen KLCC dan Kampung Baru pada malam kejadian.

“Para penumpang yang memerlukan perkhidmatan kaunseling kerana trauma atau tekanan perasaan boleh menghubungi kami dan pihak kami bekerjasama dengan Lembaga Kaunselor Malaysia untuk tujuan tersebut,” katanya.

Penumpang yang mahu mendapatkan perkhidmatan berkenaan diminta menghubungi talian 014-737 1330 atau e-mel kepada [email protected] untuk temujanji yang akan ditetapkan Prasarana dan Lembaga Kaunselor Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI